Penat membaca? Jom tengok video time lapse ni pulak untuk bagi feel Kompleks Rakan Muda , Alor Gajah .
Saturday, 1 November 2014
Asrama : Kompleks Rakan Muda, AG
Bagi habang hakak yang nak buat event di sini, jangan takut-takut, jangan malu-malu, Di sini banyak kemudahan yang disertakan untuk memudahkan hidup anda sepanjang berada di Kompleks Rakan Muda AG ni.
hoyeahhh~
meh kita tour sikit ;)
tempat berehat sambil menikmati pemandangan, permai sungguh :)
Dewan makan yang senantiasa bersih, kemas!
Dorm asrama yang selesa menepati kehendak anda
Katil double-decker
Ruang solat yang bersih dan selesa.
Jadi, untuk anda-anda yang nak datang sini, ape tunggu lagi!
JOM!
dan sungguh kami yang dah merasai suasana di sini memang bagi dua thumbs up, seronok.
Thanks for reading peeps!
till the next update,
The Teh Tarik Crew
For us, the youngsters :)
Jom menyado di Gym : Kompleks Rakan Muda, AG
Ni post impak maksima ni, GYM *sesuai untuk abang sado dan kakak perkasa*
*model diimport dari serata Malaysia*
Kelengkapan semua dekat sini lengkap, ada dumbbell, Olympic Bench, Core Bench, Marcy Combo Smith Machine, Leg Extension Curl machine dan sebagainyalah. Konpem, enjoylah korang menyado kan diri di sini!
bukan setakat equipment je dalam condition tip top, nora danish! persekitaran pun awesome habaq hang! Air-cond, tandas yang terjaga kebersihannya disediakan. wow right?
bestnya nak Kompleks Rakan Muda AG ni, keahlian sebulan hanya RM5, 3 bulan untuk RM15.
waktu operasinya jam 1530 hingga jam 2230, Isnin hingga Sabtu.
Jadi habang hakak sado sekalian, boleh tambah kesador-an anda dengan join gym ni okay :D
Jom, indoor activities pulak!
Dari gelanggang terbuka tu, jom kita ke indoor pula. Di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah ni ada sebuah dewan serbaguna yang boleh dijadikan sebagai gelanggang badminton. Kat dalam dewan ni ada dua court, ber-air cond pulak tu.
Selain gelanggang badminton, dewan ni juga boleh ditransformkan sebagai tempat seminar, mesyuarat dan lain-lain.
Bagi berminat untuk menempah gelanggang ini, boleh la dapatkan ia dengan bayaran RM 8/sejam, setiap hari (kecuali cuti umum), 10 pagi hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut, boleh la hubungi 06-3853800/06-3853282
The courts! Kompleks Rakan Muda AG
Dah puas berjalan dekat padang, next destination! Gelangang!
Dalam Kompleks Rakan Muda AG yang masyuk ni, ade beberapa jenis gelangang la untuk korang nikmati.
Pertama, Gelangang Sepak Takraw
Bola Keranjang Courts!
Bola Jaring Courts!
Bola Tampar Courts!
Futsal!
with all these varieties of choices, why wait more guys! This is the perfect place for release all of your tension and most importantly having fun!
Dan yang paling bestnya tempat ni, sewanya 1 jam RM6.00 aje, boleh main sampai lebam la kiranya ni haha ;D
Let's Go Outdoor! Kompleks Rakan Muda AG
Jom melawat kawasan padang Kompleks Rakan Muda Alor Gajah ni,
Kualiti padang ,seperti yang korang dapat lihat, layak diberi dua thumbs up. tak cukup, tambah jari kaki pun boleh. serius! Nak tempah? 1 perlawanan sewa RM150, nak hubungi boleh telefon di talian 06-3853282.
Next, ke fitness bar lah kita~
Jangan risau abang-abang akak-akak yang tak pernah cuba fitness bars ni, Kompleks rakan Muda AG siap menyediakan instructions untuk setiap equipment yang ada, dan dan dan, kawasan ini boleh diaccess bila-bila masa sahaja! kot tak suka datang pagi, datang malam ye tak. Jangan segan nak cuba, adik kecik pun peminat tegar fitness bars ni hokay :D
Yang penting kita semua have fun sambil beriadah!
Hirup Udara Segar : Kompleks Rakan Muda Alor gajah
Ahoy Generasi Y sekalian!
Jangan tensen cari tempat untuk lepaking, sini habang hakak nak cerita tempat baik punya ! ;)
Okay, pada post pertama ini, kami akan membawa anda ke Alor Gajah, Melaka! Ada apa di Alor Gajah ni ye??
Orang Alor Gajah ni ade Kompleks Rakan Muda, yang ditubuhkan pada 20 November 2010, yang kiranya menempatkan segala facilities sports, gym, badminton courts, basketball courts, tempat mandi, tempat tidur, vending machine, ape yang takde, semua adalah.
Dan bagusnya Kompleks Rakan Muda Alor Gajah ni, ianya memang terbuka untuk golongan-golongan belia especially ahli rakan muda itu sendiri. Kompleks Rakan Muda ni sebenarnya under KBS, jadi kalau belia-belia sekalian mendaftar dengan KBS, dengan automatiknya *tak automatik sangatla, korg kena apply kad* korang akan dapat macam-macam benefits, such as discountsssss!
Huntung tak huntung guna facilities macam ni :)
So, jom melawat kawasan Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)